Thursday, February 27, 2014

Kisah Haji & Hajjah

Assalamualaikum

Bersempena dengan hari Jumaat yang lalu, nak amek berkat ,huhu ,ceq p la melawat adik-beradik yang baru balik dari menunaikan umrah, sat ja asa, sbb asa macam baru ja pi melawat Maklong sebelum pi Mekah hari tu, tup-tup da balik dari Kota Suci da pun.Lagi dua tahun da bole pi Haji pulak. Alangkah terpilihnya ;)
Pantas sungguh masa berlalu~

Seronok tengok orang baru balik dari Mekah, senyum ja :)
Selalu dengaq ayat ni dari sapa ja la yang baru balik dari Mekah
Mesti kuaq ayat " Asa macam tak mau balik " , "Seronok~ Ada duet nak pi lagi "

Kita yang tak besa pi ni, terbayang-bayang apa yang dimaksudkan disebalik ayat-ayat tu
Kena asa pi sendiri baru taw apa yang dimaksudkan insan-insan terpilih ni. Insyaallah 

Tapi di hujung ayat insan-insan terpilih ni akan kuaq ayat len : " Pi la muda-muda, tua-tua mcm kami ni xlarat "
Serta merta terdetik di hati ," Bila? ", pastu terus sembang lam hati : " Kumpul duit~ "

Bila bersembang pasal kumpul duit,kalau bole nak kumpul banyak-banyak, cepat-cepat, moga dapat sampai ke Kota Suci, pulun kerja sebab nak kumpul duit, dapat pi umrah dulu pun jadi la kan.
Seronok jadi orang kaya, ada duit bila-bila masa bole pi buat haji dan umrah. Tapi, tak semua yang terbukak hati nak ke sana dengan alasan, " belum sampai seru ".
Yang kurang kaya jugak yang bersemangat nak pi, tapi belum berkemampuan. Fitrah~

Tapi bila ditanya tentang simpanan ke Mekah, bukan semua yang mampu kumpul sekaligus kedebuk seikat duit tapi penuh daya usaha, penat dan lelah . Macam mana? 

"Makcik bukan orang senang. Makcik kumpul duit sikit-sikit dari muda, sebulan RM10, ada lebih sikit RM30. Kalau ada rezeki lebih simpan lebih, kalau tak dak simpan sikit "

Bila ditanya kerja apa?

" Makcik dan suami kutip ulam-ulam pastu pi jual, kadang-kadang tolong kupas kerang takpun buat kerja-
kerja kampung "

Bila dipikirkan balik, zaman la, gaji yang beribu pun belum tentu dapat ke Mekah awai. Sebab? Terbeban dengan hutang. Dan kadang-kadang makin banyak gaji makin tak cukup. 
Muda, gaji banyak tapi masih tak mampu pi awai . Terlalu banyak komitmen maybe~

Bila ditanya pasal anak ,anak ada 6, Alhamdulillah semua habis sekolah dengan hasil kerja kampung.

Untung ada anak banyak, bole sama-sama tolong hantaq mak bapak pi haji,tapi anak-anak ibarat setandan pisang, tak semua masak dengan elok, ada yang buruk, kurang elok dan kalau kurang bernasib baik kena curik ngan abang-abang "lali "

Tapi, semua tu habuan masing-masing. Tak semua mak bapak yang jadi pensyarah,keja pegawai , gaji beribu-ribu . Keja biasa-biasa ja. cukup-cukup untuk bagi anak sekolah dan makan cukup-cukup bulan.
Niat tu memang la terpaksa tangguh.
Alhamdulillah sangat bila ada anak-anak yang pasang niat dan azam untuk hantaq mak  bapak dia pi haji. Memang anak soleh dan solehah .Setiap bulan buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji mak dan bapak walaupun anak hanyalah pekerja kilang dan pekerja am TESCO. Walaupun da berkawen, niat untuk hantaq mak bapak tetap diteruskan.Berkat potongan walaupun RM50-RM100 sebulan akhirnya mampu untuk hantaq mak bapak pi umrah dan haji.
Alangkah bertuahnya mak bapak tersebut~

Alhamdulillah, ibu bapa mampu tersenyum dan dapat tunaikan haji dan hajjah dengan senang hatinya.


" Niat ke jalan Allah, PASTI dibantu Allah "
" Nikmat yang indah PASTI diuji terlebih dahulu "
" Keberkatan rezeki "

P/S : "  Kita bila lagi ? "
" Jom sama-sama pasang niat, dan berusaha dan yang penting sentiasa berdoa moga menjadi tetamu Allah . Insyaallah "



Thursday, February 13, 2014

Aurat Kita : Pengumpul Dosa Tanpa Sedar


Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini..

Bukan mudah nak berubah menjadi lebih baik, pasti ada ujian dan halangan
Hati yang kental dan kuat saja yang akan terus istiqamah ke jalan Allah

Namun, jika niat kita baik, 
Insyaallah, Allah akan dampingkan golongan yang baik-baik bersama kita

Sabar dan Istiqamah

*****************************************************************

✅😧Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.

Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.

Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"

Ayah: "Silakan."

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."

Anak: "Itu je?"

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."

Anak: "Wah..nak tahu.."

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."

Anak: "Apa dia?"

Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan   izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."

Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."

Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."

Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.

Seketika, si anak tersedar dari lamunan, air mata hangat mengalir di pipi.

Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.

Nasihat ayah bonda kekal di hati.

******************************************************

Menutup aurat tak semestinya berpakaian seperti perempuan Arab
Cukup dengan menutup yang wajib
BUKAN MEMBALUT YANG WAJIB

Nak tutup aurat?
Tak perlu tunggu disuruh
Tak perlu tunggu lepas kawen
Tak perlu nak tunggu ada anak
Tak perlu nak tunggu balik dari Makkah

Sebab?
Kiamat taktunggu kita
Mati menanti kita

Moga kita sentiasa terpelihara

Biar biasa seperti pohon semalu jangan sampai over tanpa rasa malu


     



Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)


Nak "forward" dan "share "
Teruskan niatmu...