Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini..
Bukan mudah nak berubah menjadi lebih baik, pasti ada ujian dan halangan
Hati yang kental dan kuat saja yang akan terus istiqamah ke jalan Allah
Namun, jika niat kita baik,
Insyaallah, Allah akan dampingkan golongan yang baik-baik bersama kita
Sabar dan Istiqamah
*****************************************************************
✅😧Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.
Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.
Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)
Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."
Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"
Ayah: "Silakan."
Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"
Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."
Anak: "Itu je?"
Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."
Anak: "Wah..nak tahu.."
Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."
Anak: "Apa dia?"
Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."
Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"
Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."
Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."
Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."
Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.
Seketika, si anak tersedar dari lamunan, air mata hangat mengalir di pipi.
Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.
Nasihat ayah bonda kekal di hati.
******************************************************
Menutup aurat tak semestinya berpakaian seperti perempuan Arab
Cukup dengan menutup yang wajib
BUKAN MEMBALUT YANG WAJIB
Nak tutup aurat?
Tak perlu tunggu disuruh
Tak perlu tunggu lepas kawen
Tak perlu nak tunggu ada anak
Tak perlu nak tunggu balik dari Makkah
Sebab?
Kiamat taktunggu kita
Mati menanti kita
Nak tutup aurat?
Tak perlu tunggu disuruh
Tak perlu tunggu lepas kawen
Tak perlu nak tunggu ada anak
Tak perlu nak tunggu balik dari Makkah
Sebab?
Kiamat taktunggu kita
Mati menanti kita
Moga kita sentiasa terpelihara
Biar biasa seperti pohon semalu jangan sampai over tanpa rasa malu

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Nak "forward" dan "share "
Teruskan niatmu...

3 comments:
perkongsian ilmu yang bagus.
Alhamdulillah, peringatan buat kita semua ;)
carilah / jadilah isteri yang taat
Post a Comment