Bersempena dengan hari Jumaat yang lalu, nak amek berkat ,huhu ,ceq p la melawat adik-beradik yang baru balik dari menunaikan umrah, sat ja asa, sbb asa macam baru ja pi melawat Maklong sebelum pi Mekah hari tu, tup-tup da balik dari Kota Suci da pun.Lagi dua tahun da bole pi Haji pulak. Alangkah terpilihnya ;)
Pantas sungguh masa berlalu~
Seronok tengok orang baru balik dari Mekah, senyum ja :)
Selalu dengaq ayat ni dari sapa ja la yang baru balik dari Mekah
Mesti kuaq ayat " Asa macam tak mau balik " , "Seronok~ Ada duet nak pi lagi "
Kita yang tak besa pi ni, terbayang-bayang apa yang dimaksudkan disebalik ayat-ayat tu
Kena asa pi sendiri baru taw apa yang dimaksudkan insan-insan terpilih ni. Insyaallah
Tapi di hujung ayat insan-insan terpilih ni akan kuaq ayat len : " Pi la muda-muda, tua-tua mcm kami ni xlarat "
Serta merta terdetik di hati ," Bila? ", pastu terus sembang lam hati : " Kumpul duit~ "
Bila bersembang pasal kumpul duit,kalau bole nak kumpul banyak-banyak, cepat-cepat, moga dapat sampai ke Kota Suci, pulun kerja sebab nak kumpul duit, dapat pi umrah dulu pun jadi la kan.
Seronok jadi orang kaya, ada duit bila-bila masa bole pi buat haji dan umrah. Tapi, tak semua yang terbukak hati nak ke sana dengan alasan, " belum sampai seru ".
Yang kurang kaya jugak yang bersemangat nak pi, tapi belum berkemampuan. Fitrah~
Tapi bila ditanya tentang simpanan ke Mekah, bukan semua yang mampu kumpul sekaligus kedebuk seikat duit tapi penuh daya usaha, penat dan lelah . Macam mana?
"Makcik bukan orang senang. Makcik kumpul duit sikit-sikit dari muda, sebulan RM10, ada lebih sikit RM30. Kalau ada rezeki lebih simpan lebih, kalau tak dak simpan sikit "
Bila ditanya kerja apa?
" Makcik dan suami kutip ulam-ulam pastu pi jual, kadang-kadang tolong kupas kerang takpun buat kerja-
kerja kampung "
Bila dipikirkan balik, zaman la, gaji yang beribu pun belum tentu dapat ke Mekah awai. Sebab? Terbeban dengan hutang. Dan kadang-kadang makin banyak gaji makin tak cukup.
Muda, gaji banyak tapi masih tak mampu pi awai . Terlalu banyak komitmen maybe~
Bila ditanya pasal anak ,anak ada 6, Alhamdulillah semua habis sekolah dengan hasil kerja kampung.
Untung ada anak banyak, bole sama-sama tolong hantaq mak bapak pi haji,tapi anak-anak ibarat setandan pisang, tak semua masak dengan elok, ada yang buruk, kurang elok dan kalau kurang bernasib baik kena curik ngan abang-abang "lali "
Tapi, semua tu habuan masing-masing. Tak semua mak bapak yang jadi pensyarah,keja pegawai , gaji beribu-ribu . Keja biasa-biasa ja. cukup-cukup untuk bagi anak sekolah dan makan cukup-cukup bulan.
Niat tu memang la terpaksa tangguh.
Alhamdulillah sangat bila ada anak-anak yang pasang niat dan azam untuk hantaq mak bapak dia pi haji. Memang anak soleh dan solehah .Setiap bulan buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji mak dan bapak walaupun anak hanyalah pekerja kilang dan pekerja am TESCO. Walaupun da berkawen, niat untuk hantaq mak bapak tetap diteruskan.Berkat potongan walaupun RM50-RM100 sebulan akhirnya mampu untuk hantaq mak bapak pi umrah dan haji.
Alangkah bertuahnya mak bapak tersebut~
Alhamdulillah, ibu bapa mampu tersenyum dan dapat tunaikan haji dan hajjah dengan senang hatinya.
" Niat ke jalan Allah, PASTI dibantu Allah "
" Nikmat yang indah PASTI diuji terlebih dahulu "
" Keberkatan rezeki "
P/S : " Kita bila lagi ? "
" Jom sama-sama pasang niat, dan berusaha dan yang penting sentiasa berdoa moga menjadi tetamu Allah . Insyaallah "

1 comment:
selamat haji mabrur
Post a Comment